S: MC OCEAN tidak memiliki MLM lesen jualan langsung/lesen jualan langsung telah luput
J: Lesen jualan langsung (MLM) kami bernombor AJL 931963 dan sah laku untuk tempoh 20.08.2013-19.08.2016. Isu lesen MC OCEAN yang tertimbul di Internet adalah satu isu yang dibangkitkan sebelum bulan Ogos 2013, kerana pada masa itu kami mengalami kelewatan dalam pembaharuan lesen akibat daripada beberapa masalah teknikal. Namun, lesen kami telah diperbaharui dan isu tersebut tidak lagi wujud.
Ibu pejabat yang terletak di SouthGate, Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Datuk Seri Hasan Malek,
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 6 Oktober 2014.
S: Yuran keahlian MC OCEAN sejumlah RM 30,000 ++ ?
J: Tidak benar. Yuran keahlian untuk menyertai MC OCEAN hanya berjumlah RM100 (untuk tempoh keahlian dua tahun) di samping RM 30 kad keahlian. Ahli-ahli berhak membeli apa-apa bilangan produk, tetapi kami tidak menggalakkan ahli-ahli untuk membeli jumlah produk di luar kemampuan mereka. Kami juga tidak membenarkan ahli baris atasan memberi janji-janji kosong kepada ahli baris bawahan mereka. Jika kami dapati apa-apa kejadian tidak mematuhi kod Etika keahlian (member code of conduct), kami akan mengambil tindakan, termasuk pembatalan keahlian mereka yang melanggar peraturan.
Setiap ahli MC OCEAN akan diberikan senaskah garis panduan keahlian yang mana termaktubnya peraturan-peraturan yang harus dipatuhi. Malah, ahli-ahli baru adalah diminta untuk membaca dengan teliti dan menandatangani beberapa peraturan yang penting.
Untuk Maklumat Lanjut, sila melawat : http://www.mcocean.com